WELCOME!!! SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN DENGAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI SAYA, FIZA@IELA DI NO 0134750099 ATAU 0134757678.. TERIMA KASIH..!!

Wednesday 3 August 2011

Mulakan sekarang.. Jom kita berubah..!!!!


Jom kawan2 kita amik masa siket tuk baca kisah ni.... 
(sumber sepenuhnya dari Nur Faziha)

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain..



Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja pun boleh tahan juga sekarang ini jawatannya. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.


Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.


Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut muda dari saya. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut selepas waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj dan tiada rangsangan lagi bila melihat saya.


Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik tanpa memikirkan perasaan saya. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betepa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....


InsyaAllah. ...... bagi wanita yang suka menggangu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla. Usahalah cari yang BUJANG dulu..INGATLAH SATU HARI NANTI ANDA MUNGKIN AKAN MERASAKAN PERKARA YANG SAMA SEKIRANYA ANDA MENGANIAYAI WANITA LAIN. Janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi...lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak...tepuk dada tanyalah selera...


Dan ingatlah para suami, isteri ibarat mutiara yang tak nampak kilauannya kerana dilindungi cengkerang...tp ia sangat berharga bila DIJUMPAI...

____________________
________________________________________________

Kisah nie, mengajar kita banyak benda terutama sekali yang paling penting, kita kena bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.. bukan senang untuk mempunyai pasangan yang menjaga keluarga dengan penuh komited & penuh kasih sayang..



Bak kata Dr Fadzillah Kamsah untuk yang dah berkahwin, kalau nampak ada pihak ketiga yang pelik-pelik perangainya (contoh tiba-tiba seorang lelaki nak meluahkan perasaan yang tidak bahagia dengan pasangannya kepada perempuan lain), maka dengan segeralah angkat kaki..! jangan dilayan lelaki itu.. sama juga sebaliknya.. sebab mula-mula luahan masalah, tapi lambat laun akan ada luahan perasaan yang lain.. 



Orang yang paling rapat dengan suami ialah isteri.. dan orang yang paling rapat dengan isteri adalah suami..


Utk isteri: sila berhias dan menjaga diri..ini ada dlm ajaran ISLAM..kene sentiasa nmpk menarik di depan suami..

Utk suami: bantu isteri berhias..bukan cari lain.. sediakan pakaian,mekap,slimming etc tu tggjwb laki..hihihi






0 comments:

Post a Comment