WELCOME!!! SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN DENGAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI SAYA, FIZA@IELA DI NO 0134750099 ATAU 0134757678.. TERIMA KASIH..!!

Thursday 4 August 2011

Rahim Jatuh Jejas Hubungan Kelamin


(Sumber Sepenuhnya: Nadhirah)


Rahim jatuh atau dalam bahasa perubatan Prolaps adalah masalah yang ramai wanita hadapi..

Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa namun keadaannya yang teruk berupaya menjejaskan kualiti kehidupan pesakit seperti mengalami kesukaran berjalan.


Prolaps merangkumi beberapa peringkat:

  • Peringkat awal; hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa
  • Peringkat kedua; pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
  • Peringkat akhir; keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj turut dikenali sebagai tombong.


Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada prolaps terutamanya disebabkan oleh faktor usia dan proses melahirkan anak.


“Selepas menopaus, proses atropi atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolaps akibat ketandusan hormon estrogen.

“Prolaps yang teruk sering berlaku pada wanita berusia lebih 60 tahun yang mengalami menopaus,” katanya.


Kekurangan hormon yang menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan juga, ujar beliau, boleh berlaku ekoran pembedahan pembuangan ovari akibat penyakit-penyakit tertentu.

Selain itu, kata Dr. Suresh, kehamilan dan kelahiran juga boleh menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan, khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendukung rahim.


“Kelahiran yang memakan masa lama dan sukar sehingga memerlukan ibu meneran dengan kuat mungkin menyumbang kepada berlakunya prolaps.

“Kelahiran normal atau menggunakan alat bantuan seperti penyepit iaitu forsep atau vakum juga berupaya merosakkan ligamen-ligamen dan otot di sekeliling faraj,” katanya.


Faktor lain termasuklah kekoyakan semasa bersalin yang tidak dijahit terutamanya jika wanita bersalin di rumah.

Dr. Suresh berkata, bebanan yang berlebihan seperti semasa kehamilan mahupun ketumbuhan fibroid sekali- pun kecil, mampu memberikan tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.

Malah, ujarnya, tekanan pada perut yang dicetuskan oleh batuk kronik, sembelit, mengangkat bebanan yang berat serta obesiti turut menjadi penyumbang prolaps.

Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini juga boleh dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan kesihatan pesakit yang agak rendah berbanding mereka yang sihat.



Wanita yang mengalami masalah otot-otot rahim yang kendur boleh mengalami beberapa gangguan lain seperti:

Gangguan kencing; kerap kencing, sukar hendak kencing dan paling ketara adalah sulit mengawal kencing di mana air kencing keluar dengan sendirinya.
Contohnya apabila bersin, batuk atau sebarang peningkatan tekanan dalam perut seperti ketawa berdekah-dekah, semput, batuk kronik dan lain-lain.

Menjejaskan hubungan kelamin; kelonggaran faraj khususnya pada otot yang memegang faraj iaitu otot lantai punggung mengakibatkan kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. 

 Ketidakselesaan kerana rahim terkeluar daripada farajnya ketika berdiri atau banyak berjalan

Sakit pinggang; rahim yang jatuh menarik otot dan turut menarik bersamanya urat di bahagian pinggang

Gangguan kesihatan; dalam kes prolaps yang teruk di mana keseluruhan rahim terkeluar, sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka.



Luka ini sering kali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
Dalam jangka panjang, ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan malah ada sesetengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.


Long Bra, long girdle & waist nipper (bengkung) yang ada dalam set Premium Beautiful ada ciri-ciri & tugas-tugas yang tersendiri..


Long girdle macam gambar kat bawah nie, telah direka khas untuk menjaga organ peranakan & alat sulit wanita.. salah satunya ialah ia meletakkan rahim pada kedudukan yang betul bagi membantu mengurangkan & mengelakkan rahim jatuh (prolaps)..



Renungan: Kita nak pakai badan kita nie lama.. ada keluarga yang perlu kita jaga.. IBU SIHAT, KELUARGA SIHAT.. :D



untuk mendapatkan set Premium Beautiful hubungi saya

fiza@iela : 013-4750099




0 comments:

Post a Comment